Sabtu, 22 Mac 2014

CITA-CITA

ASSAMAMUALAIKUM =D

Oleh sebab Yan tersangatlah free dan rajin hari ni, maka ini dia entri kedua untuk hari ni hehehe Ok hari ni nak cerita pasal cita-cita. Semua orang ada cita-cita kan? Tak kisah la umur korang berapa pun, tapi korang mesti ada cita-cita. Kalau baru masuk sekolah darjah satu, memang ni soalan yang femes cikgu akan tanya. Betol tak? =D

Sumber : google

Dan biasa la. Kalau dah namanya darjah satu, mana tahu sangat cita-cita ni. Yang biasa bebudak akan jawab ialah Doktor, Cikgu, Peguam, Polis. Kira ni cita-cita feveret sekolah rendah la senang citer. hehehe Bila usia dah makin meningkat, baru la kita akan tau apa sebenarnya cita-cita kita. Tapi ada cita-cita yang tercapai. Ada yang tak tercapai. Tu ikut rezeki memasing la pulak.

Macam Yan, Yan minat kerjaya yang berkaitan dengan seni jahitan, design baju, andaman, masakan. Pekerjaan yang jadi idaman Yan ialah nak bukak butik pengantin. Nak jadi wedding planner, kata kau.. Tak pun nak bukak butik pakaian wanita dan kanak-kanak sebab Yan memang minat menjahit lebih-lebih lagi pakaian kanak-kanak perempuan =D Tapi alih-alih belajar kat U dalam bidang pendidikan. Macam agak jauh menyimpang tu. huhuhu

Sumber : Google

Tapi Yan akan cuba jugak sedaya upaya untuk realisasikan impian dan cita-cita Yan. Kalau Yan berusaha, tak mustahil impian Yan akan jadi realiti kan? Fikir positif okeyh! =D So, walau apa pun cita-cita anda, pastikan anda berusaha sedaya upaya! Jangan tunggu hari esok. Lakukannya hari ini dan saat ini ^_^ Good luck Yan ucapkan untuk korang..

Jumaat, 21 Mac 2014

HUJUNG MINGGU

Selamat berhujung minggu semua ^_^ 

Hujung minggu macam ni, korang tak plan pergi mana-mana ke? Yan pun tak pergi mana-mana. Just duduk je dalam bilik. Actually semalam pun Yan tak ada kelas. Tapi, tak pergi mana-mana pun. Malas nak keluar. Hujung minggu macam ni Yan biasanya duduk kat bilik je. Siapkan assignment, layan internet, tengok tutorial, blog walking.. hehehe Kadang-kadang je kalau bosan sangat, baru keluar pergi The Mines. Kalau rajin, pergi jauh sikit Mid Valley. Tu pun kalau terlajak rajin la hohoho

Actually semester ni Yan agak bizi. Tu yang tak banyak keluar. Bayangkanlah hari Isnin sampai Khamis kelas memang pack. Dari pagi sampai petang. Lepas tu malam sampai pukul 12 lebih latihan minor performance teater pulak. Lepas balik dari latihan, siapkan assignment pulak sampai pukul dua atau tiga pagi.. fuhhhhh.. penat... Kadang-kadang makan pun tunggang-langgang. Tu yang hujung minggu terperap je dalam bilik. Menikmati saki baki cuti yang ada hehehehe

Kenapakah hidup Yan ni tersangat lah bizi?? 
Jawapannya ialah Yan ni sebenarnya seorang student di UPM. Ni dah semester 6 Yan dekat UPM. Dah third year dah woi! =D Tu la bajet-bajet bizi je tu. Dengan sem ni kena buat thesis lagi, pastu ambik kelas teater lagi. Tak ke bizi, kata kau.. hehehe
Tapi walau sebizi mana pun, Yan cuba untuk kawal stress. Tak boleh stress-stress. Tak elok untuk kesihatan mental dan fizikal. 

So, Yan amalkan prinsip "enjoy your life" selagi boleh. "Enjoy" ni bukan la maksudnya Yan ni kaki clubbing ke apa. Woi jauh kan la dari semua tu.. =D Tapi "enjoy" kat sini bermaksud kekal gembira, jauh dari stress. Contohnya kalau kena marah dengan lecturer atau ada kata-kata lecturer yang mengguris hati, tak payah nak nangis sampai basah-basah bantal. Buat tak tahu je. Tak payah rasa demotivated.Tak payah nak stress sangat okeyh? =D Stay positive je. 

Ni rakan-rakan production untuk teater iollss.. NO DISTRICT PRODUCTION. Gambar ni lepas minor performance khamis baru ni. We are one big happy family =D 

Isnin, 10 Mac 2014

Doa untuk MH370

Hati terhiris mendengar berita tentang pesawat MH370 yang tiba-tiba hilang tanpa jejak. walaupun tiada keluarga yang terlibat sama, tapi hati turut sama berkongsi rasa sedih. hanya doa yang mampu dipanjatkan ke hadrat Ilahi.. semoga semua penumpang dan krew selamat kembali. 

Ya Allah dengarlah rintihan hati hambaMu ini.. Kembalikanlah mereka dalam keadaan yang selamat. Singkapkanlah hijab yang melindungi mata hamba-hambaMu. Sesungguhnya Ya Allah.. Hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan. Aminn..