Jumaat, 21 Mac 2014

HUJUNG MINGGU

Selamat berhujung minggu semua ^_^ 

Hujung minggu macam ni, korang tak plan pergi mana-mana ke? Yan pun tak pergi mana-mana. Just duduk je dalam bilik. Actually semalam pun Yan tak ada kelas. Tapi, tak pergi mana-mana pun. Malas nak keluar. Hujung minggu macam ni Yan biasanya duduk kat bilik je. Siapkan assignment, layan internet, tengok tutorial, blog walking.. hehehe Kadang-kadang je kalau bosan sangat, baru keluar pergi The Mines. Kalau rajin, pergi jauh sikit Mid Valley. Tu pun kalau terlajak rajin la hohoho

Actually semester ni Yan agak bizi. Tu yang tak banyak keluar. Bayangkanlah hari Isnin sampai Khamis kelas memang pack. Dari pagi sampai petang. Lepas tu malam sampai pukul 12 lebih latihan minor performance teater pulak. Lepas balik dari latihan, siapkan assignment pulak sampai pukul dua atau tiga pagi.. fuhhhhh.. penat... Kadang-kadang makan pun tunggang-langgang. Tu yang hujung minggu terperap je dalam bilik. Menikmati saki baki cuti yang ada hehehehe

Kenapakah hidup Yan ni tersangat lah bizi?? 
Jawapannya ialah Yan ni sebenarnya seorang student di UPM. Ni dah semester 6 Yan dekat UPM. Dah third year dah woi! =D Tu la bajet-bajet bizi je tu. Dengan sem ni kena buat thesis lagi, pastu ambik kelas teater lagi. Tak ke bizi, kata kau.. hehehe
Tapi walau sebizi mana pun, Yan cuba untuk kawal stress. Tak boleh stress-stress. Tak elok untuk kesihatan mental dan fizikal. 

So, Yan amalkan prinsip "enjoy your life" selagi boleh. "Enjoy" ni bukan la maksudnya Yan ni kaki clubbing ke apa. Woi jauh kan la dari semua tu.. =D Tapi "enjoy" kat sini bermaksud kekal gembira, jauh dari stress. Contohnya kalau kena marah dengan lecturer atau ada kata-kata lecturer yang mengguris hati, tak payah nak nangis sampai basah-basah bantal. Buat tak tahu je. Tak payah rasa demotivated.Tak payah nak stress sangat okeyh? =D Stay positive je. 

Ni rakan-rakan production untuk teater iollss.. NO DISTRICT PRODUCTION. Gambar ni lepas minor performance khamis baru ni. We are one big happy family =D 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan